Mitologi Arab

Mitologi Arab terdiri dari kepercayaan zaman jahiliah silam orang Arab.Sebelum kedatangan Islam di Semenanjung Arab pada 622, pusat fizikal Islam, Kaabah Mekah, telah diliputi dengan tanda-tanda khurafat dan syirik besar yang mewakili myriad syaitan, jin, separuh dewa dan makhluk-makhluk aneka jenis yang mewakili alam sekitar politeisme secara besar Semenanjung Arab Silam pra-Islam. Kita dapat membuat kesimpulan dari majmuk ini suatu konteks luas yang luar biasa di mana mitologi dapat berkembang maju.[1]Cerita jin, ghul, lampu ajaib, permaidani terbang, dan permintaan dikandungi dalam kisah cerita dari Hikayat Seribu Satu Malam dan karya lain yang telah diwarisi melalui beberapa generasi.Konsep Mata kejahatan disebut dalam al-Quran, dalam Surah Al-Falaq (yang mana Nabi Muhammad telah diberitahu langkah / cara untuk mendapatkan perlidungan "dari kejahatan hasad dengki ketika seseorang itu sedang mendengki"). Terdapat segelintir orang Arab yang menggunakan Khamsa untuk menempis kesan Mata Kejahatan.[2] Di kalangan umat Islam traditional dan kini, pelbagai ayat Al-Quran seperti Surah An-Nas dan Surah Al-Falaq dibaca untuk mendapatkan rahmat bagi menjauhi anasir-anasir jahat berupa gangguan jin, syaitan dan ilmu hitam (sihir).

Berkaitan